Tuesday, August 21, 2012

19-August-2012 Selamat Hari Raya

Memula sekali makcik nak cakap.. SELAMAT HARI RAYA SEMUAAA... mengharapkan agar kawan2 *jika masih ada lagi yg membaca.. hehehe..* berbahagia dihari yg mulia dan penuh keberkatan ini.. apa2 pun raya kan sebulan.. so.. harap tak ada yg sedih2.. harap semua yg gembira2 je kannn..

Selepas beberapa lama tak bersiaran, makcik kembali dengan page baru la pulak.. kenapa eh.. rasanya kalau tak terangkan pun dah ramai yg tau.. blog PAYARUMPUT21 makcik suda kena hi-jack and sedihnya.. makcik sendiri pun dah tak boleh nak view.. asik la re-directed.. geram sungguh hati makcik.. huh..!!

Raya tahun ni makcik cuma beraya dgn Imann + En.Amat kat rumah MIL.. patutnya tahun ni giliran makcik raya dgn ayahbonda kat Kg. Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor.. *hahahaha.. siap bagi nama kg lagi kannn..* but disebabkan En.Ayah mintak tolong hantarkan budak2 ke KL hari Sabtu, 18-August-2012 tu.. and bila makcik fikir2 balik semula.. penat nak patah balik Johor.. pas tu naik semula ke PD.. haihhhh... baik raya kat PD je.. pas tu balik Johor.. sekali jalan.. hehehe..

Tahun ni raya mcm kurang meriah je.. seawal2 malam raya makcik dah terasa akan kesedihan menyambut raya.. Hahahaha.. jgn salah sangka ye kengkawan semua.. makcik bukanlah org yg nanges sedu sedan kalau tak dapat raya rumah ayahbonda makcik.. rumah MIL pun rumah makcik jugak.. pada makcik raya kat mana2 pun sama saja.. asalkan kita bersama dgn org yg kita sayang.. tu dah memadai.. walaupun makcik kekurangan 3 insan yg makcik sayang.. tapi makcik tau.. anak2 makcik sekarang berada bersama2 dgn org yg sayangkan mereka juga.. Alhamdulillah.... 

Sehingga ke saat ini.. hati makcik sgt2 tersentuh dgn luahan hati MIL pada malam raya.. katanya.. MAK TAK DE HATI NAK BERAYA IS.. KALAU IKUT HATI NAK MASUK TIDO JE.. MALAS NAK BUAT SEMUA NI.. DGN PERANGAI ABAH KAU.. MAKAN HATI MAK.. *okeh.. perangai FIL tu.. kita tak payah cerita lah eh.. hal rumahtangga org..* KALAU DAK MIEMIE.. *hahahah.. MieMie = panggilan manja En.Amat kat rumahnya* BALIK JOHOR *balik Johor rumah makcik laaa kannn..*  TINGGAL LA MAK SORG2.. ABAH KAU TAH KE MANA.. SAHUR BERBUKA LA MAK SORG2.. TELAN AIR MATA JE MAK NI IS.. MEMANG TAK DE MOOD LANGSUNG NAK RAYA.. 

Sesungguhnya makcik terfikir.. sedihnya jadi seorg perempuan.. jadi seorg isteri.. jadi seorg ibu.. bila mana bila usia dah meningkat.. segala2nya jadi begitu sulit sekali.. bila anak2 dah keluar dari rumah dan berkeluarga.. tinggal lah kita membawa diri.. SESUNGGUHNYA TAK ADA RASA YG LEBIH PEDIH BAGI SEORG PEREMPUAN YG BERGELAR ISTERI.. BILA KEHADIRANNYA TIDAK DIRASAKAN SUAMI.. DAN TIADA RASA YG LEBIH PEDIH BAGI SEORG PEREMPUAN YG BERGELAR IBU.. BILAMANA DIA TERPAKSA MENANGGUNG RASA RINDU PADA ANAK2NYA.. dan malam tu aku terfikir akan nasib aku bila tua nanti..

Apa2 pun.. layan gambar makcik + Imann yg langsung tak nak bagi kerjasama sbb makcik terlupa nak bawak baju melayu dia.. hahahaha.. makcik koya tak tau ingat apa tah... :)
  





SELAMAT HARI RAYA SEMUA.. maaf zahir dan batin..